Wednesday, March 25, 2009

Kita kembali ke angkasapuri!



KUALA LUMPUR-25 March 2009. Seorang wanita (chewah wanita dah aku) bernama Nur Kazrina telah diculik kira-kira jam 12.25 pagi waktu tempatan. Kazrina yang pada ketika itu sedang kusyuk menonton siri One Tree Hill Season 6 Episode 17 (ye lah, dah ketinggalan zaman. saya tau) telah terpedaya dengan hasil pujukan rayu Jasni (bukan nama sebenar) yang mengatakan bahawa beliau dan 2 orang lagi rakannya yang bernama Harith Fuad dan Nigel Loh Jin Kiun (juga bukan nama sebenar) sudah berada di hadapan rumah Kazrina pada ketika itu. 

Kazrina, ketika di soal siasat mengatakan bahawa beliau tiada pilihan lain kecuali menyiapkan dirinya (ok bahasa melayu fail) menyarungkan baju dan seluar secara senyap-senyap dan berasa sedikit cuak kerana beliau sudah lama tidak curi-curi keluar. Kazrina juga berkata bahawa beliau telah ditipu oleh Jasni (masih bukan nama sebenar) kerana mereka sememangnya belum lagi berada di depan rumah, masih lagi dalam perjalanan dan meminta masa lagi 5 minit untuk sampai ke destinasi.


Jasni (bukan gambar sebenar dan nama sebenar)

Semasuknya Kazrina ke dalam kereta Putra kelabu milik Jasni (bukan nama sebenar lagi), Kazrina telah dikejutkan oleh perancangan penculik-penculik ini yang mengatakan bahawa mereka hendak membawa Kazrina ke Pulau Pinang. Tetapi tidak jadi. Kemudian beralih kepada McD Ampang Jaya. Tetapi tidak jadi lagi hasil desakan Harith Fuad (ini pun bukan nama sebenar).

Setelah 45 minit kemudian, Kazrina mendapati beliau kini telah berada di...


KLIA??!! WTF?




Kazrina (bukan gambar sebenar)



Kazrina kantoi semasa hendak ber-msg abangnya untuk mengatakan dia sudah berada di KLIA dan diculik. Tetapi abangnya tidak mengendahkan message tersebut. Ciss..



Harith Fuad kelihatan teruja dengan hasil culikan. Kazrina pula terpaksa senyum kerana suka diculik tengah-tengah malam.


Nigel juga teruja kerana dapat bergambar di KLIA (kesian dia asyik belayar je naik kapal, tapi tak pernah naik kapal terbang)



Kazrina merenungkan masa hadapan dengan penculik no. 3



Penculik-penculik sedang merancang langkah seterusnya.


15 minit kemudian, setelah puas bergambar dan bergelak ketawa akibat memang tiada kerja, penculik-penculik ini telah memutuskan untuk balik dan menghantar Kazrina pulang. Dan mereka beransur ke McD Ampang (plan yang first yang tak jadi tu). Baikkan penculik-penculik ini? 

Sekian, terima kasih.

Weehh ni bukan kena culik? Ni kena culik dengan rela hati!


1 comment:

NikkoSan said...

hahahaha. menarik menarik

My Fav.