ok adik-adik, hari ni kita akan bercakap mengenai tagline wonderpets iaitu, "apa yang penting?" pastu adik-adik jawab.. "kerjasama!"
dulu-dulu masa sekolah dulu ada tak kena buat projek secara berkumpulan? macam takde je kan? dulu buat sendiri-sendiri lepastu cover depan suruh abang/kakak/mak/ayah/maksu (aku la tu) tolong buat kan? sebab kalau buat sendiri mesti macam haram je rupa dia. hahaha.
dulu-dulu sanggup tuh pergi perpustakaan negara sebab nak kena buat projek tokoh negara. sekarang guna internet je. tau tak perpustakaan negara kat mana? zzzzz. paling best buat projek salasilah keluarga. masa tu baru tau nama nenek moyang semua. abu bakar bin ahmad bin putih bin selamat. (ok, tipu je tatau lepas putih apa)
nanti adik-adik dah masuk universiti, adik-adik mesti banyak kena buat assignment dalam group. selalu paling banyak 5 orang, paling sikit pun 2 orang. kalau kena lecturer yang banyak songeh, group members tak boleh pilih suka hati. kena dari pelbagai kaum dan bangsa. tak boleh sejenis je. bagus la niat lecturer tu, tanak kasi kita jadi mcm katak bawah tempurung je. bila group dengan diorang ni baru tau org cina mcm mana, org arab mcm mana, org iran mcm mana, org melayu mcm mana.
biasa nya org cina yang paling rajin. baru dapat assignment dah semangat nak buat meeting. org arab and iran sama je perangai. gila kuasa tapi takpe, diorang pandai ckp. org melayu tak lain tak bukan mesti pemalas. termasuk la aku. hahaha. i'm not lazy, i'm just a procrastinator. bila dah nak dateline baru rush nak buat assignment.
baru-baru ni ada assignment islamic studies. 1 group kena ada 2 org. aku tak pernah pun nampak dia dlm kelas sebelum ni. tapi masa ustaz kasi assignment tu dia duduk sebelah aku, lepastu tanya aku dah ada group belum. memandangkan aku takde geng, terpaksa la aku sama group dengan perempuan ni.
lepastu aku dah tak pernah nampak dah dia dlm kelas. tapi aku ada text dia ckp due date dah nak dekat, and kasi la task masing-masing. dia buat kerja laju. hari ahad dia tanya aku tajuk apa, hari isnin dia dah send part dia. efficient kan? efficient my ass. kalau nak copy paste pun agak-agak la.ni copy paste bulat-bulat. siap ada "for further information please refer to this book bla bla bla by dr.stevens". tak ke kantoi copy paste? lepastu tak siap kerja. ada satu topic dia tak buat. aku text dia tanya kenapa tak buat. dia tak reply. 2 kali aku text, tak reply. tapi aku tanya apa student id dia uih laju gila terus reply.
aku rasa dah 2 kali dia text aku tanya bila presentation. ada sekali tu pukul 6 pagi dia text, tanya presentation hari ni ke. aku ckp tak, hari rabu. hari selasa mlm tu aku text dia ckp esok jangan lupa presentation at 9.40 a.m, tapi dtg awal sikit in case ada apa-apa. esok tu aku sampai kelas pukul 9.15 a.m, cuak sebab terlupa nak photostat slides kasi kat semua org. aku text dia, tanya mcm mana. dia tak reply. 9.30 aku text lagi tanya kat mana. dia tak reply. pukul 9.40 aku text lagi ckp dah nak kena present. dia tak reply. ustaz dah panggil, aku ckp perempuan tu tak dtg lagi, ustaz ckp boleh tak if aku present sorang?
maderfader selamba tak datang. aku present sorang-sorang. kena tanya soalan yang memang aku tak tau la. "since you are presenting abt leadership in islam, who do u think would make a great leader to lead the muslims in malaysia?" memang aku senyum kambing je la. dalam kepala tak tau kenapa nak jawab dr.mahathir? tapi tak tau reason dia apa. lepastu ustaz tanya international pulak siapa yang layak jadi leader? aku dah la tak baca surat khabar. memang senyum kambing lagi la. (pengajaran:selalu-selalu la baca surat khabar)
kalau nak ikutkan hati mau je aku call perempuan tu maki dia kenapa tak datang presentation. tapi aku fikir nanti in the future kalau kena kerja dgn dia lagi (secara paksaan, kalau rela memang tak ah) macam mana. ataupun being me, i'm just too coward. sigh.
macam-macam kan perangai manusia? termasuk la aku. tapi kalau dah kena work in a group tu kena la buat kerja. tak rasa takut ke dateline dah dekat tapi satu haram pun tak buat? tak rasa bersalah ke kalau sorang dua je buat kerja, kau duduk goyang kaki lepastu asyik tanya "dah siap ke belum?". lepastu banyak komen pulak tu. alasan kena balik kampung or kena pergi somewhere, balik rumah ke apa is so yesterday k. handphone canggih, tapi buta IT ke? internet kan ada? boleh je buat kerja and communicate with others guna YM! kan? kata budak multimedia university? tak multimedia pun?
bak kata cik da, wonderpets tipu. kata kerjasama tu penting? damn u wonderpets! kasi harapan palsu!

jangan percaya diorang. diorang tipu.
*image by google
No comments:
Post a Comment